Kian terbukti bahawa setiap apa yang kita inginkan ke arah kebaikan banyak petunjuk dan pertolongan datang dari Allah swt tanpa diduga. Allah swt akan membuka jalan kepada sesiapa yang berkehendakkan kebaikan dan membuka pintu kebaikan dengan seluas-luasnya.
Baru kini saya telah ketahui bahawa kebanyakan Islam di Nusantara dan utamanya Islam di negara kita sendiri telah banyak mengambil hikmat daripada hadis-hadis yang tidak sahih dan menerapkan dalam diri masing-masing termasuk saya sendiri. Al-maklumlah main celuk cedok je tanpa disiasat terlebih dahulu tambahan pula jika datang dari orang-orang tua.
Sebenarnya saya ada membaca buku tentang 40 Hadis Palsu Popular keluaran PTS Islamika Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara Abdul Razak Mutalib: Tentang ini pihak admin tidak perlu bimbang sebab saya telah pun meminta izin dengan penerbit buku ini dan telah dibenarkan untuk saya berkongsi di Halaqah. Net.
Antara salah satu hadis yang popular yang diserap dalam diri kita ialah :
MENUNTUT ILMU SEHINGGA KE CHINA
Hadis ini di pelopori oleh Abu Atikah Tharif bin Sulaiman beliau telah dikategorikan sebagai salah seorang yang memalsukan hadis dan beliau juga merupakan seorang yang lemah. Ini kerana pada hadis tersebut terdapat kecacatan pada sanadnya. Disebabkan ada kelemahan pada sanadnya dan kelemahan beliau hadis ini dikategorikan palsu dan kepalsuan ini telah disokong oleh beberapa tokoh sarjana hadis:
" Tuntutlah ilmu walau ke negara china"
Antara penyokong-penyokong yang menyanggah hadis tersebut berserta dengan nama kitab-kitabnya ialah:
-Al-'Ajluni: Kitabnya Kashf al-Khafa'
-Ali Al-Qari: Kitabnya Al-Maudhua át al-Kabir
-Ibn Arraq Al-Kannani: Kitabnya Tanzih A-Syariáh
-Al-Abani: Kitabnya Silsilah Ahadith Al-Dhaífah wa al-Maudhuáh
-Al-jarrahi: Kashf al-Khafa'
Jika mahu maklumat lebih jelas tentang hadis ini kalian boleh refer kepada Kitab yang telah disebut .
Tujuan hadis ini diada-adakan adalah untuk memberi galakkan kepada manusia supaya menuntut ilmu dengan sanggup merantau di mana-mana sekali pun.
" Tuntutlah ilmu walau ke negara china"
Perupamaan ini dikeluarkan kerana jika berada di tanah Arab negeri paling jauh adalah China walhal bukan bermaksud mencari ilmu di negeri China itu sendiri tetapi di mana-mana sahaja jika ada kesanggupan untuk menuntut ilmu dan merantau kerananya memandangkan ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan manusia yang memberi kebaikan di dunia hingga akhirat jika mengamalkannya.
Memang dalam Islam Rasulullah SAW menegaskan umatnya supaya menuntut ilmu sebab orang yang menuntut ilmu itu mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah swt
"Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim"-(hadis Sahih: Ibn Majah)
"Sesiapa yang melalui satu jalan bagi mencari ilmu , Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga"-(hadis sahih:Muslim)
Ini antara sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi dengan saudara, saya dan pihak penerbit mengharapkan jika ada pertambahan dari faktanya sila usulkan untuk pengetahuan kita semua.
Dan jika ada percanggahan atau penafian terhadap isu ini juga digalakkan untuk membuat usulan sebagai bahan perkongsian bersama-sama
Jika ada soalan sila kemukakan pada yang layak untuk bersoal jawab tentang hal ini
Ini hanyalah UNTUK perkongsian jika mahu terima atau tidak itu terserah pada kalian…
Allahu Álam…
SUMBER :Halaqah. Net.
No comments:
Post a Comment