Wednesday, August 2, 2017

KELANTAN PERLU PERUBAHAN


SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN PERANTAU DARI KELANTAN AKAN DISAMBUT MERIAH DENGAN BENDERA2 PARTI  DAN BANNER TERUTAMA BENDERA HIJAU TERBARU OREN ... SEOLAH2 KELANTAN TIDAK BERMASALAH... " MAJU SEPERTI NEGERI2 LAIN .. "

TAPI HAKIKATNYA  PERANTAU KENA SEDAR MENGAPA MEREKA MERANTAU ...

27 TAHUN DIBAWAH PAS ...PERANTAU DARI KELANTAN SETIAP TAHUN BERTAMBAH ...
MENCARI REZEKI DINEGERI2 YANG BANYAK MEMBERI PELUANG PEKERJAAN ...JIKA MEREKA TIDAK MERANTAU ... . KEMUNGKINAN BESAR MEREKA AKAN TERLIBAT DENGAN MASALAH " PIL KUDA".. SAMA ADA PENGGUNA ATAU TOKAN KECILAN UNTUK MENCARI WANG....

SEBENARNYA PAS GAGAL MEMERINTAH KELANTAN .. MEREKA GAGAL MENCARI PELABUR UNTUK MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN UNTUK ANAK2 MUDA KELANTAN.. SEBELUM TAHUN 1990 PENGKALAN CHEPA MENJADI PUSAT PELABUR DIKELANTAN BERPULUH KILANG DIBUKA ... SELEPAS PEMERINTAHAN PAS BERMULA 1990 HINGGA KINI HANYA TINGGAL 2 -3 BUAH KILANG SAHAJA ...

JANGAN LAGI PERANTAU TERTIPU DENGAN DERETAN BENDERA DAN BANNER PAS SETIAP KALI PULANG MUSIM PERAYAAN.. PRU 14 PULANGLAH DENGAN MEMBAWA PERUBAHAN ... SUPAYA ANDA TIDAK LAGI BERJAUHAN DENGAN AYAH DAN IBU SERTA ADIK BERADIK ...

PRU 14 KITA UBAH ... SUPAYA ADIK2 KITA TIDAK MENGIKUTI JEJAK KITA MENCARI REZEKI JAUH DIPERANTAUAN ....

PRU 14 JANGAN LAGI MEMBERI UNDI UNTUK MEREKA YANG GAGAL ... PERANTAU YANG PATUT MENGUBAH ...KERANA UNDI PERANTAU  MENYUMBANG 35% UNTUK MENGUBAH NEGERI KELANTAN.

ANDA PULANG TIDAK SAMPAI 3 HARI ... KAMI YANG MENDERITA YANG MENETAP SELAMA 27 TAHUN DIBAWAH PEMERINTAHAN PAS ...

Wednesday, September 16, 2015

#GHB ADALAH MERBAHAYA PEROSAK TERBESAR MANUSIA DAH SENJATA DAJAL AKHIR ZAMAN..

BUKAN HANYA DIMALAYSIA ... NUSANTARA... MALAH NEGARA2 EROPAH... TIMUR TENGAH SEMUA MENOLAK #GHB .... 
SEBAGAI PRESIDEN GERAKAN HARAPAN BARU  

APA KATA MAT SABU.....TENTANG #GHB ??

KITA TUNGGU..................................................!!






 BUKTI -BUKTI
#GHB PEROSAK DUNIA







JOM BERSAMA-SAMA TOLAK 

#GHB

Wednesday, June 20, 2012

HALAL KO DAGING BABI ????..!!!!

MALAS KATA GAPO...!!! MUGA DEMO BELAKO HOK WAT CERITA..
SAMPAI MASA DEMO JUGOK HOK BERATUR DULU... 

Saturday, June 9, 2012

ORANG ASLI DIBOGELKAN LAGI..!!





MINDA ORANG ASLI DIBOGELKAN PAS

BETUL KE TAK SOKONG PAS SAMA DENGAN TAK SOKONG ISLAM...??? BERAPA RAMAI BIJAK PANDAI ISLAM YANG TAK SOKONG PAS ADA KAT MALAYSIA...JADI DIA ORANG PAKAR DALAM ILMU ISLAM TAPI TAK SOKONG PAS... ADAKAH MEREKA JUGA TIDAK SOKONG ISLAM....???

 MACAMANA DENGAN STATUS HASSAN ALI YANG DIBUANG DARI PAS?? ADAKAH HASSAN ALI SUDAH MURTAD KERANA TIDAK LAGI MENYOKONG PAS YANG SAMA DENGAN MENYOKONG ISLAM...?? 

MACAMANA DENGAN ORANG2 ASLI  DIGUA MUSANG PASTI MEREKA INGAT DENGAN MENYOKONG PAS SAMA DENGAN MENYOKONG ISLAM..ATAU DAH PUN MASUK ISLAM DENGAN MENYOKONG PAS...FATWA YG KADANG2 MENGELIRUKAN...!! BAHAYA KEPADA AKIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA..!!

AYUH BERSAMA SELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM MALAYSIA.....
JIKA ANDA UNDI BN.. ANDA SEDANG MENYELAMATKAN ISLAM DIMALAYSIA....!!!

-TOK MUDIN -


Thursday, June 7, 2012

HIGHWAY LORI BALAK JAH KOT??


SEKADAR NAK TANYA.... BATU ASAS PROJEK MEGA BANYAK DAH... HOK BUAT DOK JUGOK.... AGAK2 HIGHWAY NIH JADI REALITI KO DOK?? ATAU SEKADAR BATU ASAS PILIHANRAYA SERUPA HOK LEPAS2... ???

1) PENGKALAN KUBOR... NAK BUAT BANDAR TERHEBAT SIAP NGAN PERUMAHAN
( TAK BUAT2 PUN DARI TAHUN 1990 )
2) JAMBATAN PALEKBANG... BURUK GITU JAH BATU ASAS ... 
3) PELABUHAN TOK BALI... PERAHU NELAYAN JAH HOK DOK BERLABUH.. TAK JADI    PUN PELABUHAN... 
4)STADIUM BULAN TIGA HOK PERTAMA DIDUNIA ADA MASJID...( DI BUKIT MERBAU ) ..  JADI TEMPAT KERBAU KUBANG JAH... 
5) MASALAH  AIR JANJI NAK SETTLE ...22 TAHUN TAK SETTLE2 JUGOK... 
6) HUDUD??....KERAJAAN ISLAM?? ....DEMO DOK KATA BN SEKULAR.. 22 TAHUN DEMO MEMERINTAH KELANTAN TAK SEKULAR KO.. ??
7) HOK DALAM  MANIEFESTO PRU TAK KIRA  LAGIK...  TU....

PUAS DAH WEY AMBO MAKE NIPU TOK LEBAI NI.... ACU TOLONG TUNAI JANJI GAK SEKALI... JANGE KERANA PUAK DEMO ORANG JADI TAK RESPEK KO TOK LEBAI...

Thursday, April 19, 2012

Hukum Menghisap Zakar Suami ( 18sx ) kongsi malam jumaat sahaja



Isu ini agak sensitif
sedikit tetapi setiap pasangan suami isteri harus tahu mengenai perkara ini. Ia
adalah mengenai hubungan suami isteri iaitu tentang masalah hubungan batin.
Bukan semua isteri ingin atau sanggup mengisap zakar suami. Ini kerana
adakalanya si isteri amat geli bila melihat zakar apalagi untuk menghisapnya
ada juga para isteri tidak mengetahui bahawa ianya boleh dilakukan.Hukum
mengisap zakar suami adalah harus. Jika ia tidak memudaratkan isteri dan
mendapat persetujuan daripada isteri. Tetapi jangan sampai tertelan air mazi
kerana air mazi itu adalah najis.
Isteri diumpamakan tempat untuk kita bercucuk
tanam. Datangilah si isteri dari mana arah yang anda suka asalkan bukan
ditempat yang haram.
Memang seronok jika “pemanasan” dilakukan dengan
isteri mengisap zakar suami. Tetapi ia harus disetujui oleh kedua-dua belah
pihak.
Si suami perlu bijak bermain psikologi dengan
isteri. Wanita tidak suka apabila dirinya dipaksa. Oleh itu anda boleh
memujuknya dengan mengatakan jika si isteri mengisap zakar ia akan memberikan
kepuasan yang ekstra untuk anda.
Ada juga bagi sesetengah wanita, zakar itu amat
mengelikan buat mereka. lebih-lebih lagi jika zakar tersebut berwarna hitam dan
ada kupasan kulit mati. Oleh itu sediakan zakar anda sebersih-bersihnya sebelum
menyuruh isteri anda mengisapnya. Basuh zakar dengan sabun agar baunya harum.
Suami tidak boleh tiba-tiba sahaja datang dan
menyuruh isteri anda mengisap zakar anda, tetapi perlu ada kata-kata “pembuka”.
Bergurau senda terlebih dahulu dengan isteri kemudian bagi rangsangan luar
seperti payudara dan klitorisnya. Apabila isteri sudah agak leka dan ‘hanyut’
barulah menyuruhnya mengisap zakar anda.

Sunday, March 18, 2012

PERLEMBAGAAN UMNO



PERLEMBAGAAN UMNO

FASAL 1 – Nama

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation)
FASAL 2 – CogankataUMNO
- BERSATU – BERSETIA –BERKHIDMAT
FASAL 3 – Asas &Tujuan

UMNO adalah sebuah
parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi
mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan
kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan
mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja
Berpelembagaan.
3.3 Menegak,
mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati
prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan
kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan
Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera
khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin
kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal
dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan
kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan
bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang
Melayu dan Bumiputera.

FASAL 4 – Jenis Ahli
4.1 Ahli-ahli UMNO
adalah dua jenis:
4.1.1 Ahli Biasa
4.1.2 Ahli Bergabung
4.2 Ahli Biasa ialah
Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18
tahun keatas.
4.3 Ahli Bergabung
ialah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan UMNO dan
menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

FASAL 5 – Pendaftaran Keahlian

5.1 Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar
diri sebagai ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya.
5.2 Permohonan
mendaftar sebagai ahli biasa hendaklah dikemukaan kepada Jawatankuasa Cawangan
yang dikehendaki menerima dan meluluskan permohonan tersebut.
5.3 Borang
pendaftaran menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan seorang
pencadang dari ahli daripada Cawangan di mana ia memohon menjadi dan hendaklah
disertakan dengan bayaran wang pendaftaran dan yuran mengikut Fasal 25.1.
5.4 Jika pemohon
tidak didaftar sebagai ahli dalam satu bulan, ia boleh melapor hal ini kepada
Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Bahagian mesti mengarah Jawatankuasa
Cawangan mendaftar pemohon tersebut sebagai ahli.
5.5 Jika Jawatankuasa
Bahagian tidak melaksanakan mengikut Fasal 5.4 atau Jawatankuasa Cawangan masih
enggan mematuhi arahan Jawatankuasa Bahagian, pemohon boleh dalam satu bulan,
melapor kepada Majlis Tertinggi yang selepas menimbang apa-apa bantahan di
bawah Fasal 5.6, jika ada, mengarah Jawatankuasa Cawangan mendaftar pemohon itu
sebagai ahli.
5.6 Mana-mana ahli
boleh melapor kepada Majlis Tertinggi atas mana-mana pemohon yang difikirkan
tidak layak menjadi ahli serta memberi sebab-sebabnya.
5.7 Majlis Tertinggi
berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian
atau taraf sesuatu pendaftaran itu (termasuk menarik balik pendaftaran) dan
keputusan itu adalah muktamad.
5.8 Pertubuhan yang
hendak menjadi Ahli Bergabung hendaklah menghantar permohonannya dengan
bertulis yang ditandatangani oleh Yang Dipertua dan Setiausaha kepada
Setiausaha Agung UMNO.
5.9 Majlis Tertinggi
UMNO berkuasa menetapkan borang permohonan wang pendaftaran dan yuran ahli.

FASAL 6 – Tanggungjawab & Hak Ahli

6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:
6.1.1 Memegang teguh
dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
6.1.2 Mendaftar diri
sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas
sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.
6.1.3 Menghadiri
mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.
6.1.4 Menjalankan
kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.
6.1.5 Menyokong
calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.
6.1.6 Berkhidmat
kepada orang ramai.
6.1.7 Bersedia dan
sanggup menentang musuh-musuh negara.
6.2 Tiap-tiap ahli
mempunyai hak-hak yang berikut:
6.2.1 Bercakap dan
mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti.
6.2.2 Memilih,
dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.
6.2.3 Mengambil
bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti sebagai seorang calon.
6.2.4 Ahli-ahli yang
sedang di dalam cadangan atau dipecat tidaklah hilang hak keahlinnya.
6.2.5 Ahli-ahli yang
tidak menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan Bahagian atau Perhimpunan Agung
boleh dicalonkan dan bertanding di peringkat yang berkenaan sekiranya memenuhi
syarat di bawah Fasal 9.5 dan Fasal 15.5.
6.2.6 Ahli-ahli yang
tidak hadir di Persidangan Cawangan boleh dicalonkan dan bertanding sebarang
jawatan atau sebagai wakil ke Perwakilan Bahagian dengan menyatakan
persetujuannya secara bertulis.
6.3 Seseorang ahli
itu tidak berhak
6.3.1 Menjadi ahli lebih
daripada satu Cawangan.
6.3.2 Mewakilkan hak
mengundinya kepada sesiapa jua pun.
6.3.3 Menggunakan
haknya di bawah Fasal 6.2 sekiranya ia tidak menjelaskan yuran mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan.
6.3.4 Menggunakan
haknya di bawah Fasal 6.2 jika dilarang di bawah akta Pertubuhan 1966 atau
setakat mana ia dikenakan hukuman disiplin di bawah Fasal 20.9 dan 20.10.
6.3.5 Menjadi
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-Kira atau Ahli
Jawatankauasa lebih daripada satu Cawangan atau Bahagian melainkan dengan
kebenaran bertulis daripada Majlis Tertinggi.
6.3.6 Menjadi Ahli
Jawatankuasa di peringkat yang sama di mana ia telah dipilih menjadi Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Pemeriksa Kira-kira dan sebaliknya.
6.3.7 Mengambil
bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam Persidangan Cawangan dan
Perwakilan Bahagian selain daripada Cawangan dan Bahagian di mana ia menjadi
ahli.
6.3.8 Mengambil
bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam mana-mana Cawangan atau
Bahagian baru yang dimasukinya, kiranya ahli telah menggunakan haknya itu dalam
Cawangan atau Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan.

FASAL 7 – Susunan & Pentadbiran UMNO

7.1 Bentuk susunan parti dan pembahagian kuasa adalah
seperti berikut:
7.1.1
PUSAT-Perhimpunan Agung atau waktu ketiadaannya Majlis Tertinggi.
7.1.2
PERHUBUNGAN-Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.
7.1.3
BAHAGIAN-Perwakilan Bahagian atau ketiadaannya Jawatankuasa Bahagian.
7.1.4
CAWANGAN-Persidangan Cawangan atau waktu ketiadaannya Jawatankuasa Cawangan.

FASAL 8 – Perhimpunan Agung

8.1 Perhimpunan Agung adalah kuasa tertinggi parti dan
perjalanan parti adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk
kepada Perlembagaan dan juga Peraturan UMNO.
8.2 Perhimpunan Agung
Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang
ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan
dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu.
8.3 Tugas-tugas
Perhimpunan Agung Tahunan ialah:
8.3.1 Menentukan
dasar-dasar parti.
8.3.2 Mengkaji
kerja-kerja Majlis Tertinggi.
8.3.3 Tertakluk
kepada Fasal 9.3 memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
8.3.4 Memilih
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan melantik Juruaudit untuk tempoh
Majlis Tertinggi.
8.4 Perhimpunan Agung
Tahunan hendaklah terdiri daripada:-
8.4.1 Pengerusi Tetap
dan Timbalan Pengerusi Tetap.
8.4.2 Ahli-ahli
Majlis Tertinggi.
8.4.3 Wakil yang
dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap
lima ratus orang ahli yang telah menjelaskan yuran dengan syarat bilangan
wakil-wakil itu tdak lebih daripada tujuh orang dari satu Bahagian termasuk
Bahagian yang Jawatankuasanya sedang digantung jika Bahagian itu boleh
mengadakan Perwakilan Bahagian dengan sempurna.
8.4.4 Ketua, Timbalan
Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua
Pergerakan Puteri Bahagian yang telah mengadakan Perwakilan Bahagiannya dan
telah menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan. Mereka di atas
yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri
daripada Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.
8.4.5 Tidak lebih
daripada sepuluh orang wakil Pergerakan Pemuda, sepuluh orang wakil Pergerakan
Wanita dan sepuluh orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perhimpunan
Agung Pergerakan masing-masing.
8.5 Perhimpunan Agung
Khas hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada tiga
permintaan yang berikut:
8.5.1 Dengan kehendak
Presiden.
8.5.2 Dengan
permintaan bertulis dari pada dua pertiga Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
8.5.3 Dengan
permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua
Bahagian itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.
8.6 Mengikut Fasal
8.5.3 di atas Setiausaha Agung hendaklah memanggil Perhimpunan Agung Khas itu.
Jika Setiausaha Agung tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas hari
selepas tarikh permohonan daripada Bahagian yang terakhir itu diterima maka
Perhimpunan Agung Khas itu hendaklah dipanggil oleh Pengerusi Tetap atau
Timbalannya dan jika Pengerusi Tetap dan Timbalannya tidak berbuat demikian
dalam tempoh dua puluh lapan hari daripada tarikh permohonan asal diterima maka
Bahagian-bahagian yang memohon diadakan Perhimpunan Agung Khas itu boleh
memanggil Perhimpunan Agung Khas tersebut dengan syarat semua ahli Perwakilan
dijemput hadir melalui bahagian.

FASAL 9 – Majlis Tertinggi

9.1 Majlis Tertinggi adalah menjadi badan yang menjalankan
pentadbiran hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung
dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak
Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya tetapi segala langkahnya itu hendaklah
dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung.
9.2 Majlis Tertinggi
hendaklah terdiri daripada:
9.2.1 Presiden.
9.2.2 Timbalan
Presiden.
9.2.3 Enam orang Naib
Presiden termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.
9.2.4 Setiausaha
Agung.
9.2.5 Bendahari.
9.2.6 Ketua
Penerangan.
9.2.7 Tidak lebih
daripada dua puluh lima orang yang dipilih oleh Perhimpunan Agung.
9.2.8 Tidak lebih
daripada dua belas orang yang dilantik oleh Presiden termasuk sekurang-kurangnya
seorang dari Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan Wanita dan seorang dari
Pergerakan Puteri
9.3 Presiden,
Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden dan dua puluh lima orang Ahli
Majlis Tertinggi yang dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali.
9.4 Ketua dan Naib
Ketua Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Wanita, Ketua dan Naib Ketua Puteri
hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali. Ketua
Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri mempunyai hak-hak dan
kuasa-kuasa Naib Presiden.
9.5 Calon-calon yang
bertanding untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi hendaklah dinamakan oleh
sekurang-kurangnya:
a) Presiden – 30%
b) Timbalan Presiden
– 20%
c) Naib Presiden –
10%
d) Ahli-ahli Majlis
Tertinggi – 5%
daripada jumlah
bahagian yang sah mengikut Fasal 14.5.4
9.6 Setiausaha Agung,
Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Presiden dan memegang jawatan
mereka selama tempoh Majlis Tertinggi kecuali mereka berhenti atau
diberhentikan
9.7 Pegawai-pegawai
UMNO ialah:
9.7.1 Presiden
9.7.2 Timbalan
Presiden
9.7.3 Enam (6) orang
Naib Presiden
9.7.4 Setiausaha
Agung
9.7.5 Bendahari
9.7.6 Ketua
Penerangan
9.8 Tugas-tugas
pegawai dalam Majlis Tertinggi:
9.8.1 Presiden
9.8.1.1 Menjadi
pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.
9.8.1.2 Melantik
Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan dan Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan.
9.8.1.3 Memanggil dan
mempengerusikan sidang Majlis Tertinggi.
9.8.1.4 Melantik
tidak lebih daripada dua belas orang Ahli Majlis Tertinggi mengikut Fasal
9.2.8.
9.8.2 Timbalan
Presiden
9.8.2.1 Membantu
tugas-tugas Presiden.
9.8.2.2
Mempengerusikan sidang-sidang Majlis Tertinggi semasa ketiadaan Presiden.
9.8.3 Naib-Naib
Presiden
9.8.3.1 Membantu
tugas-tugas Presiden.
9.8.3.2
Mempengerusikan sidang-sidang Majlis Tertinggi apabila Presiden dan Timbalan
Presiden tidak hadir.
9.8.4 Setiausaha
Agung
9.8.4.1
Bertanggungjawab kepada Presiden.
9.8.4.2 Bertanggungjawab
atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung.
9.8.4.3 Menyediakan
Penyata Tahunan yang menerangkan perkerjaan dan kemajuan parti dalam masa
setahun kepada Majlis Tertinggi.
9.8.5 Bendahari
9.8.5.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Ibu Pejabat.
9.8.5.2 Menyediakan
Penyata Kira-Kira Kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang
dilantik oleh Perhimpunan Agung.
9.8.5.3 Menyediakan
anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Majlis Tertinggi.
9.8.5.4 Membentangkan
Penyata dan butir kira-kira yang diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa
Kira-Kira kepada Majlis Tertinggi.
9.8.5.5 Memaklumkan
kepada Majlis Tertinggi kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah
sekurang-kurangnya sekali setahun.
9.8.6 Ketua
Pergerakan Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri:
9.8.6.1 Tugas-tugas
Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri ditetapkan oleh peraturannya
masing-masing selain daripada tugasnya mengikut Fasal 9.8.3.
9.8.7 Ketua
Penerangan
9.8.7.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan dan melaporkannya kepada
Majlis Tertinggi
9.8.7.2 Mentadbir
Jabatan Penerangan di Ibu Pejabat dan menyusun kerja pegawai-pegawai di dalam
Jabatan itu
9.9 Jika Presiden
berhenti maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga
diadakan Perhimpunan Agung untuk memilih Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan
ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal 9.8.1.
9.10 Jika Pemangku
Presiden berhenti, Majlis Tertinggi hendaklah memilih salah seorang daripada
Naib Presiden memangku jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan Agung memilih
Presiden baru mengikut Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal
9.8.1.
9.11 Jika semua Ahli
Majlis Tertinggi berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau Timbalannya
hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada enam puluh hari mengadakan
Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula Majlis Tertinggi dan Perhimpunan
Agung itu hendaklah menetapkan tempoh perkhidmatan Majlis Tertinggi yang baru
ditubuhkan itu..
9.12 Jawatan
Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh
dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan
undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang
berhak hadir.
9.13 Majlis Tertinggi
hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan, atau
9.13.1 Pada bila-bila
masa yang dikehendaki oleh Presiden atau
9.13.2 Dengan
permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
9.14 Jika Setiusaha
Agung tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 9.13.2 dalam tempoh empat belas
hari daripada tarikh permohonan itu dibuat maka ahli-ahli yang memohon boleh
memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Majlis Tertinggi dijemput
hadir.
9.15 Satu Perdua
daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi adalah menjadi cukup bilang bagi
menjalankan mesyuarat.

FASAL 10 – Tanggungjawab Majlis Tertinggi

10.1 Menjalankan sebarang usaha bersama dengan
kumpulan-kumpulan lain atas hal-hal politik atau lain-lain yang sesuai dengan
tujuan-tujuan UMNO.
10.2 Menerima wang
yuran tahunan yang dibayar melalui Cawangan dan Bahagian-bahagian yang dibuat
mengikut Fasal 25.2 dan Fasal 26.1 dan menentukan tarikh pembayaran yuran
mengikut Fasal 25.2 dan 25.3.
10.3 Memilih
calon-calon bagi Pilihan Raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri setelah
berunding dengan Badan Perhubungan bagi Negeri yang berkenaan dan Jawatankuasa
Bahagian mengikut peraturan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi.
10.4 Menunaikan
segala syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
10.5 Membentangkan
kepada Perhimpunan Agung suatu Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira Tahunannya
yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.
10.6 Menghantar
kepada Bahagian Penyata Tahunan berserta dengan Penyata Kira-Kira
sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh Perhimpunan Agung.
10.7 Menentukan taraf
pendaftaran seseorang ahli (mengikut Fasal 5.7), menggantung atau melucutkan
keahlian seseorang ahli.
10.8 Tertakluk kepada
kelulusan Pendaftar Pertubuhan, menubuhkan Badan Perhubungan, Bahagian dan
Cawangan-cawangan dan menentukan perjalanannya dan boleh menggantung atau membubarkan
Badan Perhubungan, Bahagian, Cawangan itu dan/atau Jawatankuasa masing-masing
serta menentukan penubuhan semula dan/atau pemilihan Jawatankuasa yang
digantung atau dibubarkan itu.
10.9 Dengan
persetujuan dua pertiga daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi, berhak menolak
semua sekali Ahli Perwakilan Bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung yang
didapati pungutan yuran tidak mengikut Fasal 25.1 dan 25.2.
10.10 Melucutkan
jawatan mana-mana Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Cawangan
atas apa-apa sebab sekali pun.
10.11 Melantik
seorang Pegawai Awam.
10.12 Menentukan
perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan
tempat menyimpan wang.
10.13 Melantik
Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa jua pun.
10.14 Menetapkan
tarikh Perwakilan Bahagian dan dengan tidak menghiraukan Fasal 15.3, berkuasa
menentukan mana-mana satu di antara Perwakilan Bahagian-bahagian yang diadakan
itu bagi memilih Jawatankuasanya.
10.15 Membuat
peraturan bagi menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan serta Peraturan untuk
melaksana, mengawal dan menyelia pemilihan jawatan-jawatan di semua peringkat
dan menubuhkan Jawatankuasa Kecil yang lain.
10.16 Mengambil
sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi
kesempurnaan perjalanan parti.
10.17 Majlis
Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian
dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh
pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.

FASAL 11 – Pejabat Setiausaha Agung

Pejabat Setiausaha Agung adalah menjadi Pejabat Berdaftar,
iaitu di Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Kompleks UMNO, Jalan Tun Ismail, 50480
Kuala Lumpur atau dimana-mana tempat yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 12 – Badan Perhubungan

12.1 Badan Perhubungan boleh ditubuhkan oleh Majlis
Tertinggi di tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan.
12.2 Badan
Perhubungan terdiri daripada:
12.2.1 Pengerusi.
12.2.2 Timbalan
Pengerusi.
12.2.3 Setiausaha.
12.2.4 Bendahari.
12.2.5 Ketua
Penerangan.
12.2.6 Ketua-ketua
Bahagian.
12.2.7 2 orang wakil
Pergerakan Pemuda Negeri, 2 orang wakil Pergerakan Wanita dan 2 orang wakil
Pergerakan Puteri bagi tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan yang dilantik
oleh Ketua Pergerakan masing-masing.

12.3 Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik
oleh Pengerusi dan akan memegang jawatan mereka selama tempoh Majlis Tertinggi
kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Pengerusi.
12.4 Timbalan Ketua
Bahagian berhak mengambil tempat Ketua Bahagian di Mesyuarat Jawatankuasa Badan
Perhubungan jika Ketua Bahagian tidak dapat hadir.
12.5 Pengerusi dan
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan hendaklah dilantik oleh Presiden yang
mereka memegang jawatan masing-masing selama tempoh Majlis Tertinggi tetapi
boleh berhenti atau diberhentikan oleh Presiden pada bila-bila masa.
12.6 Wakil Majlis
Tertinggi boleh hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat Badan
Perhubungan tetapi tidak boleh mengundi.
12.7 Badan
Perhubungan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua bulan,
atau
12.7.1 Pada bila-bila
masa dikehendaki oleh Pengerusi atau
12.7.2 Dengan
permintaan bertulis daripada satu pertiga daripada bilangan ahli-ahlinya.

12.8 Jika Setiausaha tidak memanggil mesyuarat mengikut
Fasal 12.7.2 selepas 14 hari daripada tarikh permohonan itu diterima maka
ahli-ahli yang memohon itu boleh mengadakan mesyuarat itu dengan syarat semua
ahli hendaklah dijemput hadir.
12.9 Satu perdua
daripada bilangan Ahli Badan Perhubungan adalah menjadi cukup bilang
menjalankan mesyuaratnya.
12.10 Badan
Perhubungan hendaklah mengadakan konvensyen di peringkat Negeri dan Wilayah
Persekutuan sekurang-kurangnya sekali setahun mengandungi wakil-wakil daripada
Bahagian-bahagian. Majlis Tertinggi berkuasa menentukan syarat-syarat dan
lain-lain perkara berhubung dengan Konvensyen itu.
12.11 Di dalam
tiap-tiap Mesyuarat Badan Perhubungan jika Pengerusi dan Timbalannya tidak
hadir maka salah seorang daripada ahli yang hadir itu boleh dipilih menjadi
Pengerusi.
12.12 Tugas-tugas
Pegawai Badan Perhubungan:
12.12.1 Pengerusi.
12.12.1.1 Melantik
Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari.
12.12.1.2 Memanggil
dan mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan.
12.12.1.3
Bertanggungjawab atas semua anggota Pejabat Badan Perhubungan.

12.12.2 Timblan Pengerusi.
12.12.2.1 Membantu
tugas-tugas Pengerusi.
12.12.2.2
Mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan apabila Pengerusi tidak hadir.

12.12.3 Setiausaha.
12.12.3.1
Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi.
12.12.3.2
Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan Pejabat Perhubungan.
12.12.3.3 Memanggil
Mesyuarat mengikut Fasal 12.7.

12.12.4 Bendahari.
12.12.4.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan.
12.12.4.2
Membentangkan laporan kewangan kepada Badan Perhubungan.
12.12.4.3 Memaklumkan
kepada Badan Perhubungan kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang Amanah
sekurang-sekurangnya sekali setahun.

12.12.5 Ketua Penerangan.
12.12.5.1
Bertanggungjawab atas penerangan dan penyiaran.
12.12.5.2 Melaporkan
kepada Badan Perhubungan atas kerja-kerja penerangan di peringkat Negeri.

12.13 Tanggungan, kuasa dan kewajipan Badan Perhubungan
ialah:
12.13.1 Mengatur dan
menyelaraskan perjalanan Bahagian-bahagian sesebuah Negeri dan Wilayah Persekutuan.
12.13.2 Memilih
ahli-ahli bagi mewakili parti di dalam sebarang kumpulan atau Lembaga di
Peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan.
12.13.3 Menentukan
perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan
menetapkan tempat menyimpan wang.
12.13.4 Melantik
Pemegang Amanah dan memberhentikan pada bila-bila masa pun.
12.13.5 Manunaikan
segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
12.13.6 Menyelesaikan
sebarang masalah yang berbangkit di dalam Bahagian dan Cawangan dengan kehendak
Majlis Tertinggi.
12.13.7 Membentangkan
Penyata Tahunan serta Penyata Kira-kira wang tahunannya yang telah diperiksa
dan di sahkan oleh Pemeriksa Kira-kira pada Majlis Tertinggi.

FASAL 13 – Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan

Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan itu hendaklah
ditempatkan di pusat pentadbiran UMNO Negeri itu atau di mana-mana juga tempat
yang ditentukan oleh Badan Perhubungan Negeri dan diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan.

FASAL 14 – Bahagian

14.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan sebuah Bahagian di
setiap kawasan Pilihan Raya Dewan Rakyat.
14.2 Tertakluk kepada
Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan Bahagian adalah
berasakan pada kuasa dan perintah Perwakilan Bahagian.
14.3 Perwakilan
Bahagian hendaklah diadakan sekali setahun tidak kurang daripada 60 hari
sebelum tarikh diadakan Perhimpunan Agung. Kelonggaran boleh diberikan oleh
Majlis Tertinggi tertakluk kepada Fasal 10.14.
14.4 Perwakilan
Bahagian hendaklah terdiri daripada:
14.4.1 Pengerusi
Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
14.4.2 Ahli-ahli
Jawatankuasa Bahagian.
14.4.3 Ketua Cawangan
yang Cawangannya telah mengadakan persidangan dan telah menjelaskan yuran
kepada Bahagian bagi tahun berkenaan. Ketua Cawangan yang menjadi Ahli Jawatankuasa
Bahagian berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap,
Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan.
14.4.4 Wakil-wakil
yang dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap
lima puluh orang ahli yang telah menjelaskan yurannya mengikut Fasal 25.1 dan
25.2, tetapi jumlah Ahli Perwakilan itu tidak lebih daripada lima orang dari
satu Cawangan.
14.4.5
Cawangan-cawangan yang dicadangkan oleh Bahagian untuk digantung atau
dibubarkan dan Jawatankuasa Cawangan yang telah digantung oleh Majlis Tertinggi
boleh menghantar wakil jika Cawangan itu dapat mengadakan Persidangan dengan
sempurna.
14.4.6 Tidak lebih
daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda, sepuluh (10) orang wakil
Pergerakan Wanita dan (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh
Perwakilan Bahagiannya masing-masing.
14.5 Tugas-tugas
Perwakilan Bahagian ialah:
14.5.1 Memilih
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian tertakluk kepada Fasal 15.3.
14.5.2 Memilih
wakil-wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung. Wakil-wakil yang tidak dipilih dalam
Perwakilan Bahagian atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah. Mana-mana
wakil yang tidak dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.
14.5.3 Membincangkan dasar-dasar
parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung.
14.5.4 Mencadangkan
calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi.
14.5.5 Memilih
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira
mengikut Fasal 28.2.
14.6 Perwakilan Khas
Bahagian hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada
permintaan berikut:
14.6.1 Dengan
permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya dua pertiga daripada Ahli-ahli
Jawatankuasa Bahagian.
14.6.2 Dengan
permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua
Cawangan dengan syarat Cawangan-cawangan itu telah mengadakan Persidangan
Khasnya atas masalah yang sama.
14.6.3 Dengan
kehendak Majlis Tertinggi.
14.7 Setiausaha
Bahagian hendaklah memanggil Perwakilan Khas Bahagian itu. Jika Setiausaha
Bahagian tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas (14) hari daripada
tarikh permohonan cawangan yang terakhir itu diterima maka Perwakilan Khas
Bahagian itu hendaklah dipanggil oleh Majlis Tertinggi.
14.8 Perwakilan khas
bahagian itu hendaklah diadakan mengikut kaedah Perwakilan Bahagian dan
ahli-ahli yang hadir dalam Perwakilan Bahagian bagi tahun yang baru lalu sahaja
boleh hadir kecuali jika Persidangan Khas Cawangan itu menggantikannya dengan
ahli yang lain.

FASAL 15 – Jawatankuasa Bahagian

15.1 Jawatankuasa Bahagian hendaklah terdiri daripada:
15.1.1 Ketua.
15.1.2 Timbalan
Ketua.
15.1.3 Empat orang
Naib Ketua termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri
15.1.4 Setiausaha.
15.1.5 Bendahari.
15.1.6 Ketua
Penerangan.
15.1.7 Tidak lebih
daripada dua puluh (20) orang yang dipilih oleh Perwakilan Bahagian.
15.1.8 Tidak lebih
daripada tujuh (7) orang yang dilantik oleh Ketua termasuk sekurang-kurang
seorang dari Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan Wanita dan seseorang
dari Pergerakan Puteri.

15.2 Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi
Bahagian tersebut yang bukan dipilih atau dilantik mengikut Fasal 15.1 berhak
menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Bahagian sebagai ahli tetapi tidak
boleh mengundi.
15.3 Ketua, Timbalan
Ketua, Naib Ketua, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua dan Naib Ketua
Pergerakan Wanita dan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Puteri dan Ahli-ahli
Jawatankuasa mengikut Fasal 15.1.7, hendaklah dipilih tiap-tiap tiga tahun
sekali. Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi boleh menangguhkan pemilihan bagi
suatu tempoh yang tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang
sepatutnya diadakan mengikut Fasal 10.17.
15.4 Setiausaha, Bendahari,
Ketua Penerangan dan ahli yang dilantik oleh Ketua Bahagian akan memegang
jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa Bahagian yang berkenaan kecuali
mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Bahagian.
15.5 Calon-calon yang
bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian hendaklah
dinamakan oleh sekurang-kurangnya:
a) Ketua – 20%
b) Timbalan Ketua –
15%
c) Naib – 10%
d) Ahli Jawatankuasa
– 2 Cawangan
daripada jumalah
Cawangan yang sah dalam Bahagian mengikut Fasal 17.5.7 kecuali apabila
mana-mana Bahagian di mana Cawangannya melebihi 150 Cawangan mencukupilah
seorang calon itu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Cawangan bagi Ketua
dan 20 Cawangan bagi Timbalan Ketua 10 Cawangan bagi Naib Ketua
15.6 Jawatan
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian tidak menjadi kosong disebabkan seseorang ahli
itu dilantik menjadi pegawai mengikut Fasal 15.4.
15.7 Jika Ketua
Bahagian berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan memangku jawatan
itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan maka Jawatankuasa
bolehlah melantik salah seorang daripada Naib Ketua memangku jawatan itu atau
melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa jika ketiadaan Naib Ketua untuk
memangku Jawatan itu sehingga diadakan Perwakilan Bahagian mengikut Fasal 15.3.
15.8 Jika semua
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian berhenti serentak maka Majlis Tertinggi akan
mengadakan Perwakilan Khas Bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa
Bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya.
15.9 Jawatankuasa
Bahagian hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan
atau.
15.9.1 Pada bila-bila
masa lain yang dikehendaki oleh Ketua atau
15.9.2 Dengan
permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa

15.10 Jika Setiausaha Bahagian tidak memanggil mesyuarat
mengikut Fasal 15.9.2 dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan itu
dibuat, maka ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat
semua Ahli Jawatankuasa Bahagian dijemput hadir.
15.11 Satu perdua
daripada Ahli-ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan
mesyuarat.
15.12 Tugas-tugas
Pegawai dan Jawatankuasa Bahagian:
15.12.1 Ketua
Bahagian.
15.12.1.1 Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan Bahagian dan Cawangan di dalam Bahagian.
15.12.1.2
Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota pejabat Bahagian.
15.12.1.3 Memanggil
dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian.
15.12.1.4 Melantik
Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan tugas mereka.
15.12.1.5 Melantik 7
orang Ahli Jawatankuasa Bahagian.

15.12.2 Timbalan Ketua.
15.12.2.1 Membantu
tugas-tugas Ketua Bahagian.
15.12.2.2
Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua Bahagian tidak
hadir.

15.12.3 Naib Ketua.
15.12.3.1 Membantu
tugas-tugas Ketua Bahagian.
15.12.3.2
Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua dan Timbalannya
tidak hadir.

15.12.4 Setiausaha.
15.12.4.1
Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Bahagian.
15.12.4.2
Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Bahagian
dan Perwakilan Bahagian.
15.12.4.3 Menyediakan
Penyata Tahunan UMNO Bahagian.

15.12.5 Bendahari.
15.12.5.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Bahagian itu.
15.12.5.2 Menyediakan
dan membentangkan Penyata Kewangan Tahunan yang disahkan oleh Pemeriksa
Kira-kira kepada Jawatankuasa Bahagian.
15.12.5.3 Memaklumkan
kepada Jawatankuasa Bahagian kedudukan harta benda milik UMNO Bahagian dan
pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

15.12.6 Ketua Penerangan.
15.12.6.1 Menjalankan
tugas penerangan di peringkat Bahagian dan
15.12.6.2 Melaporkan
kepada Bahagian akan tugas-tugas tersebut.

15.12.7 Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri:

15.12.7.1 Tugas-tugas Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan
Puteri adalah seperti yang
telah ditetapkan oleh
Peraturan-peraturannya.

15.13 Tanggungan, kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Bahagian
ialah:-
15.13.1 Mencadangkan
calon-calon pilihan raya, wakil-wakil parti bagi menganggotai Majlis Bandar
Raya, Perbandaran, Bandaran Tempatan dan Daerah.
15.13.2 Mengawasi
perjalanan dan menyelesaikan masalah Cawangan.
15.13.3 Membentangkan
Penyata Tahunan serta Penyata Kira-kira yang telah disahkan oleh Pemeriksa
Kira-kira kepada Perwakilan Bahagian.
15.13.4 Hendaklah
menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh Cawangan-cawangan
15.13.5 Menghantar
kepada Setiausaha Agung, Penyata Tahunan Bahagian dan Penyata Kira-kira yang
telah dibentangkan dalam Perwakilan Bahagian.
15.13.6 Menetapkan
tarikh Persidangan Cawangan setelah berunding dengan Jawatankuasa Cawangan.
15.13.7 Menunaikan
segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
15.13.8 Dengan
persetujuan dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, berhak menolak
semua sekali Ahli Perwakilan Cawangan yang didapati membayar yuran ahli-ahlinya
tidak mengikut kehendak Fasal 25.1 dan 25.2.
15.13.9 Berkerjasama
dengan Majlis Tertinggi dan Cawangan bagi menyediakan senarai ahli-ahli yang
berhak mengambil bahagian dalam Persidangan Cawangan.
15.13.10 Menentukan
perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetap
tempat menyimpan wang.
15.13.11 Melantik
Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila jua masa pun.

FASAL 16 – Pejabat Setiausaha Bahagian

Pejabat Setiausaha Bahagian itu bolehlah ditempatkan
dimana-mana jua tempat yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bahagian itu dan diluluskan
oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17 – Cawangan

17.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuh, menggantung dan
membubarkan Cawangan setelah terlebih dahulu berunding dan merujuk kepada
Jawatankuasa Bahagian berkenaan.
17.2 Tertakluk kepada
Perlembagaan dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan Cawangan adalah
berasakan kepada kuasa dan perintah Persidangan Cawangan.
17.3 Tertakluk kepada
Fasal 15.13.6 Persidangan Cawangan hendaklah diadakan setahun sekali tetapi
tidak lewat daripada empat belas hari sebelum tarikh diadakan Perwakilan
Bahagian.
17.4 Persidangan
Cawangan hendaklah terdiri daripada:
17.4.1 Pengerusi
Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
17.4.2 Ahli-ahli
Jawatankuasa Cawangan.
17.4.3 Ahli-ahli UMNO
yang telah menjelaskan yuran tahunannya mengikut Fasal 25.1 dan 25.2
Perlembagaan UMNO.

17.5 Tugas-tugas Persidangan Cawangan ialah:
17.5.1 Membincangkan
dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian.
17.5.2 Mengkaji
kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Cawangan.
17.5.3 Mengadakan
rancangan-rancangan kerja untuk faedah rakyat.
17.5.4 Memilih
Ahli-ahli Jawatankuasa tertakluk kepada Fasal 18.2.
17.5.5 Memilih
Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan dua orang Pemeriksa Kira-Kira
mengikut Fasal 28.2.
17.5.6 Memilih
wakil-wakil ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil yang tidak dipilih di dalam
Persidangan Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak

sah.
17.5.7 Mencadangkan
calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian.
17.5.8 Tertakluk
kepada Fasal 8.4.3 mencadangkan 7 nama untuk dipilih sebagai wakil UMNO
Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO.

17.6 Persidangan Khas Cawangan hendaklah diadakan dengan
permintaan bertulis daripada satu perdua jumlah ahli-ahli. Jika Setiausaha
tidak memanggil

Persidangan Khas Cawangan itu dalam tempoh empat belas hari
maka Persidangan Khas Cawangan itu hendaklah dipanggil oleh Jawatankuasa
Bahagian.

FASAL 18 – Jawatankuasa Cawangan

18.1 Jawatankuasa Cawangan hendaklah terdiri daripada:
18.1.1 Ketua.
18.1.2 Timbalan
Ketua.
18.1.3 Ketua-Ketua
Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.
18.1.4 Setiausaha.
18.1.5 Bendahari.
18.1.6 Ketua
Penerangan.
18.1.7 Tidak lebih
daripada lima belas (15) orang yang dipilih oleh Persidangan.
18.1.8 Tidak lebih
dari lima (5) orang ahli yang dilantik oleh Ketua Cawangan termasuk
sekurang-kurangnya seorang dari Pemuda, Wanita dan Puteri.

18.2 Ketua,Timbalan, Ketua,dan lima belas (15) Ahli-Ahli
Jawatankuasa Cawangan seperti 18.1.7 hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun
sekali oleh Persidangan Cawangan.Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri
akan dipilih oleh Persidangan Pergerakan masing-masing tiap-tiap tiga (3) tahun
sekali. Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi boleh menangguhkan pemilihan bagi
suatu tempoh tidak lebih daripada 18 bulan daripada tarikh pemilihan yang
sepatutnya diadakan mengikut Fasal 10.17.
18.3 Setiausaha,Bendahari
dan Ketua Penerangan dan tidak lebih dari lima (5) orang ahli yang dilantik
menikut Fasal 18.1.8. dilantik oleh Ketua Cawangan dan akan memegang jawatan
mereka selama tempoh Jawatankuasa Cawangan yang berkenaan kecuali mereka
berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Cawangan.
18.4 Jawatan
Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan tidak menjadi kosong disebabkan seseorang ahli
itu telah dilantik menjadi Pegawai mengikut Fasal 18.3.
18.5 Jawatankuasa
Cawangan hendaklah bersidang sekurang-kurangnya dua bulan sekali, atau
18.5.1 Pada bila-bila
masa yang dikehendaki oleh Ketua atau
18.5.2 Dengan
permintaan bersurat daripada satu pertiga Ahli Jawatankuasa Cawangan.

18.6 Jika Setiausaha tidak memanggil mesyuarat mengikut
fasal 18.5.2. dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan itu dibuat
maka ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli
Jawatankuasa Cawangan dijemput hadir.
18.7 Satu perdua
daripada Ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan
mesyuarat.
18.8 Sekiranya
seseorang Ahli Jawatankuasa yang dipilih tiada lagi memegang jawatannya maka
jawatan itu tidak boleh diganti.
18.9 Jika Ketua
Cawangan berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan memangku jawatan
itu dan jika Pemangku Ketua itu berhenti atau diberhentikan maka salah seorang
daripada Ahli Jawatankuasa boleh dilantik memangku jawatan itu.
18.10 Jika Ketua dan
Timbalan tidak hadir di dalam Mesyuarat Jawatankuasa maka salah seorang
daripada ahli-ahli yang hadir itu boleh dilantik menjadi

Pengerusi.
18.11 Tugas-tugas
Pegawai Cawangan:
18.11.1 Ketua:
18.11.1.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Cawangannya.
18.11.1.2 Melantik
Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Cawangan dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan tugas mereka.
18.11.1.3
Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota Pejabat Cawangan.
18.11.1.4 Memanggil
dan mempengerusikan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan.
18.11.1.5 Melantik
lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Cawangan mengikut Fasal 18.1.8.

18.11.2 Timbalan Ketua:
18.11.2.1 Membantu
tugas-tugas Ketua Cawangan.
18.11.2.2
Mempengerusikan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan apabila Ketua Cawangan
tidak hadir.

18.11.3 Setiausaha:
18.11.3.1
Bertanggungjawab secara lansung kepada Ketua Cawangan.
18.11.3.2
Mentadbirkan perjalanan Pejabat Cawangan dan menjadi Pegawai Awam.
18.11.3.3 Melaporkan
kepada Ketua Cawangan segala tindakan yang diambil berhubung dengan pentadbiran
Pejabat Cawangan.
18.11.3.4
Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan dan
Persidangan Cawangan.
18.11.3.5 Menyediakan
Penyata Tahunan Cawangan.
18.11.3.6 Memanggil
mesyuarat mengikut Fasal 18.5

18.11.4 Bendahari:
18.11.4.1
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Cawangan.
18.11.4.2 Menyediakan
dan membentangkan Penyata Kira-Kira Kewangan Tahunan yang telah disahkan oleh
Pemeriksa Kira-Kira Jawatankuasa Cawangan.
18.11.4.3 Memaklumkan
kepada Jawatankuasa Cawangan kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang
Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

18.11.5 Ketua Penerangan:
18.11.5.1
Mentadbirkan dan menyusun rancangan-rancangan penerangan dan penyiaran yang
dikelolakan oleh Cawangan.
18.11.5.2
Bertanggungjawab atas penerangan dan penyiaran yang dikelolakan oleh Cawangan.
18.11.5.3 Melaporkan
kepada Jawatankuasa Cawangan atas kerja-kerja penerangan UMNO yang dijalankan
dalan Cawangan itu.

18.11.6 Ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri:
18.11.6.1 Tugas-tugas
Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri adalah seperti yang telah ditetapkan
oleh Peraturannya-peraturannya.

18.12 Tugas-tugas Jawatankuasa Cawangan ialah:
18.12.1 Menjalankan
arahan-arahan parti seperti yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan
Jawatankuasa Bahagian.
18.12.2 Menyemai
perasaan persaudaraan dan menggalakkan bantuan sesama sendiri di kalangan
ahli-ahli parti.
18.12.3 Hendaklah
menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh ahli-ahli.
18.12.4 Mengkaji dan
memanjangkan permohonan untuk menjadi ahli kepada Majlis Tertinggi melalui
Jawatankuasa Bahagian.
18.12.5 Membentangkan
kepada Persidangan Cawangan Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira yang telah
diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.
18.12.6 Menunaikan
segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
18.12.7 Menghantarkan
kepada Ahli-ahlinya Penyata Kira-Kira sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum
tarikh diadakan Persidangan Cawangan
18.12.8 Mencadangkan
pemecatan atau penggantungan keahlian seseorang ahli kepada Majlis Tertinggi
melalui Bahagian.
18.12.9 Menentukan
perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan
menetapkan tempat menyimpan wang.
18.12.10 Melantik
Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa pun.
18.12.11 Meluluskan
permohonan mendaftar menjadi ahli dan melaporkannya kepada Jawatankuasa
Bahagian dan Majlis Tertinggi.

FASAL 19 – Pejabat Setiausaha Cawangan

Pejabat Setiausaha bolehlah ditempatkan di mana-mana yang
dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan dan diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan.

FASAL 20 – Disiplin

20.1 Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan Lembaga Disiplin
dan menentukan peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman
kerana melanggar peruntukan perlembagaan ini dan kesalahan lain yang
disenaraikan di dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain.
20.2 Ahli-ahli
Lembaga Disiplin hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi yang terdiri dari ahli-ahli
yang tidak berjawatan dalam parti dan tidak mempunyai kepentingan dalam
pemilihan.
20.3 Majlis Tertinggi
boleh menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana Jawatankuasa di peringkat
Perhubungan Negeri atau Bahagian.
20.4 Tanpa menyentuh
hak Majlis Tertinggi, Lembaga Disiplin di peringkat Badan Perhubungan Negeri
atau Bahagian, setelah mendengar dan berpuas hati terhadap pelanggaran
peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO, bolehlah mengenakan
mana-mana hukuman setakat yang diperturunkan kuasa oleh Majlis Tertinggi.
20.5 Tiap-tiap
peringkat parti hendaklah melaporkan kepada Lembaga Disiplin mengenai kegiatan
mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin parti untuk tindakan
selanjutnya.
20.6 Seseorang ahli
atau pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan
keatasnya boleh merayu kepada Majlis Tetinggi.
20.7 Seseorang ahli
yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum
mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti
gugur dengan sendirinya.
20.8 Semua ahli UMNO
hendaklah cintakan parti dan:
(a) Patuh kepada
Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
(b) Mengikut
perintah-perintah parti;
(c) Menjalankan dasar-dasar
parti;
(d) Patuh dan
menghormati keputusan-keputusan parti;
(e) Menjaga
rahsia-rahsia parti;
(f) Memelihara nama
baik dan maruah parti;
(g) Senantiasa
menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.

20.9 Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan
ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut
dibawah:
(a) Diberi amaran;
(b) Digantung
hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada
bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam
Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis
Tertinggi;
(d) Dipecat daripada
parti;
(e) Dikenakan
lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

20.10 Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas
atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh
diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.
20.11 Ahli-ahli yang
telah dikenakan hukuman, kecuali yang dikenakan hukuman dibawah Fasal 20.10
boleh membuat rayaun supaya:
20.11.1 Menarik balik
penggantungan keahliannya selepas 2 tahun daripada tarikh ia dihukum.
20.11.2 Menarik balik
pemecatan keahliannya selepas 3 tahun daripada tarikh ia dihukum.

20.12 Majlis Tertinggi berkuasa penuh membuat kaedah-kaedah
dan peraturan-peraturan berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO, yang di antara
lain melarang penyalahgunaan kuasa dan wang dengan tujuan mendapat undi atau
sokongan atau untuk mempengaruhi mana-mana pemilihan bagi pihak sendiri atau
bagi pihak lain atau supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana
pemilihan parti.

FASAL 21 – Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri

21.1 Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Pergerakan
Puteri dalam semua peringkat UMNO boleh diwujudkan dan Majlis Tertinggi
berkuasa membuat peraturan-peraturan untuknya.

FASAL 22 – Lencana & Lambang UMNO

22.1 Majlis Tertinggi boleh mengadakan lencana dan lambang
bagi ahli.
22.2 Lencana dan
lambang itu hanya boleh dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung.
22.3 Bentuk lencana
UMNO adalah sebagaimana bentuk bendera UMNO menurut Fasal 23.1 dengan ditambah
huruf-huruf ringkas UMNO dalam tulisan jawi di penjuru sebelah atas kanan dan
perkataan UMNO di penjuru sebelah bawah kiri.
22.4 Bentuk lambing
UMNO adalah dari ringkasaan perkataan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
dalam huruf jawi yang disusun secara vertical (dari atas ke bawah) dan
digrafikkan secara simitrikal.
22.5 Majlis Tertinggi
berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan lencana dan lambang itu.

FASAL 23 – Bendera UMNO

23.1 Rupa bendera UMNO adalah sebagaimana di bawah ini:
Warna merah terletak
di atas warna putih sama lebarnya dan satu bulatan berwarna kuning terletak
ditengah-tengah bendera itu dan di tengah-tengah bulatan itu terletak rupa
sebilah keris Melayu terhunus berwarna hijau dan hulunya menghala ke penjuru di
sebelah atas kiri bendera.

23.2 Majlis Tertinggi adalah berkuasa membuat sebarang
peraturan atas penggunaan bendera itu.
23.3 Sebarang
perubahan bentuk atau corak bendera, hendaklah dipersetujukan oleh Perhimpunan
Agung.

FASAL 24 – Punca Pendapatan

24.1 Kewangan UMNO adalah diperolehi dari:
24.1.1 Wang
pendaftaran dan Yuran,
24.1.2 Derma-derma
dan
24.1.3
Ikhtiar-ikhtiar lain di semua peringkat dipersetujukan oleh Majlis Tertinggi.

24.2 Tahun Kewangan UMNO ialah dari 1hb. Januari hingga
31hb. Disember.
24.3 Pejabat
Setiausaha Cawangan, Bahagian dan Perhubungan hendaklah menghantar ke Pejabat
Setiausaha Agung, Penyata Kira-Kira bagi sesuatu tahun kewangan yang telah
diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.

FASAL 25 – Yuran UMNO

25.1 Tiap-tiap ahli biasa hendaklah membayar dengan wangnya
sendiri kepada Ibu Pejabat melalui Cawangan dan Bahagian seringgit (RM1) bagi
Wang Pendaftaran

dan seringgit (RM1) bagi yuran tahunan atau satu ratus
ringgit (RM100) bagi yuran seumur hidup.
25.2 Yuran yang telah
ditetapkan mengikut Fasal 25.1 di atas hendaklah dijelaskan tidak lewat
daripada tarikh mengikut Fasal 24.2 atau satu tarikh yang

ditetapkan oleh Majlis Tertinggi melainkan ia dibayar seumur
hidup.
25.3 Bagi ahli-ahli
yang membayar yuran tiap-tiap tahun, tarikh pembayaran yuran Cawangan kepada
Bahagian dan Bahagian ke Ibu Pejabat adalah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

FASAL 26 – Cara Menyimpan & Menggunakan Wang UMNO

26.1 Tertakluk kepada Fasal 26.6 Badan Perhubungan,
Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan boleh menentukan cara-cara
mengutip, menyimpan dan menggunakan wang UMNO di peringkat masing-masing.
26.2 Wang UMNO, kecuali
wang tunai dalam tangan hendaklah disimpan dalam Bank Perdagangan atau Bank
Simpanan.
26.3 Cek-cek dan
borang-borang mengeluarkan wang dari Bank hendaklah ditandatangani oleh
sekurang-kurangnya dua orang ahli di peringkat masing-masing.
26.4 Majlis Tertinggi
berhak dan berkuasa di atas semua wang dan harta benda Badan Perhubungan dan
Bahagian-bahagian yang termasuk di dalam Badan-badan Perhubungan yang telah
dibubarkan.
26.5 Jawatankuasa
Bahagian adalah berhak di atas semua harta benda, wang tunai di tangan ataupun
wang simpanan dalam Bank atau simpanan di bank bagi sesebuah Cawangan yang
telah dibubarkan.
26.6 Majlis Tertinggi
berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan kewangan UMNO bagi semua
peringkat.

FASAL 27 – Harta Alih & Tak Alih

27.1 Tiap-tiap harta tak alih, iaitu tanah dan bangunan
kepunyaan Ibu Pejabat UMNO hendaklah didaftar atas nama UMNO dan harta tak alih
kepuyaan Badan

Perhubungan, Bahagian dan Cawangan bolehlah didaftar atas
namanya masing-masing.
27.2 Tiap-tiap harta
alih hendaklah dipegang dan didaftarkan atas nama Pemegang Amanah. Majlis
Tertinggi dan peringkat-peringkat lain boleh melantik

mana-mana ahli atau syarikat sebagai Pemegang Amanah dan
mereka boleh diberhentikan pada bila-bila masa jua pun.
27.3 Kuasa untuk
menentukan UMNO membeli, mencagar (bagi faedah sendiri atau pihak lain),
menjual, memindah, memajak atau menyewa harta benda atau

bangunan adalah terletak kepada Majlis Tertinggi dan bagi
harta benda tak alih kepuyaan Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan, kuasa
yang sama adalah

terletak kepada Jawatankuasa masing-masing.
27.4 Majlis Tertinggi
berkuasa membuat peraturan untuk melaksanakan tujuan Fasal 27 ini dan untuk
memindahkan nama pemilik berdaftar bagi harta tersebut kepada oihak-pihak yang
diberi kuasa memilikinya oleh Fasal 27.1.

FASAL 28 – Pemeriksaan Kira-Kira

28.1 Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah melantik sebuah
Syarikat Juruaudit yang diakui oleh Kerajaan untuk memeriksa kira-kira wang dan
harta parti.
28.2 Mesyuarat Badan
Perhubungan, Perwakilan Bahagian hendaklah memilih dua orang menjadi Pemeriksa
Kira-kira bagi memeriksa kira-kira Badan Perhubungan, Bahgian dan Cawangan
masing-masing.
28.3 Majlis
Tertinggi, Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa Cawangan
hendaklah memilih Pemeriksa Kira-kira menggantikan Pemeriksa Kira-kira yang dipilih
oleh peringkat masing-masing jika mereka menarik diri.
28.4 Majlis Tertinggi
berkuasa pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan kira-kira wang dan harta
Badan Perhubungan, Bahagian dan Cawangan dan Bahagian berkuasa memeriksa
kira-kira wang dan harta Cawangan.
28.5 Majlis Tertinggi
berkuasa membuat sebarang peraturan mengenai wang Badan Perhubungan, Bahagian
dan Cawangan.

FASAL 29 – Peraturan Persidangan

29.1 Majlis Tertinggi berkuasa membuat sebarang Peraturan
Persidangan Perhimpunan Agung yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
29.2 Peraturan
Persidangan Perhimpunan Agung hendaklah dipakai untuk persidangan-persidangan
parti di semua peringkat.

FASAL 30 – Meminda Perlembagaan

30.1 Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh
dipinda atau dimansuhkan dengan ketepatan yang dipersetujui oleh tidak kurang
daripada dua pertiga ahli-ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas
dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh dua puluh
lapan hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan itu diluluskan.
30.2
Cadangan-cadangan pindaan kepada Perlembagaan yang dikemukakan oleh Majlis
Tertinggi boleh dipinda oleh Ahli-ahli Persidangan Perhimpunan Agung Khas
dengan syarat hendaklah dibuat dengan bertulis kepada Setiausaha Agung, 14 hari
sebelum Perhimpunan Agung diadakan.Bahagian-bahagian boleh mencadangkan pindaan
kepada Perlembagaan dengan syarat mengikut Fasal 8.5.3.

FASAL 31 – Kuasa Sementara Mengelolakan UMNO

Perlembagaan ini berjalan kuatkuasanya daripada tarikh yang
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan akan tetapi sebarang perbuatan atau
pekerjaan yang telah diperbuat oleh UMNO terlebih dahulu daripada Perlembagaan
ini diluluskan adalah sah sekalipun perbuatan dan pekerjaan itu tidak sesuai
atau tidak mengikut kehendak Perlembagaan.

FASAL 32 – Tafsiran

Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran
Perlembagaan ini atau Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang dibuat
di bawah kuatkuasanya maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah
muktamad.