Saturday, February 25, 2012

BUKTI ZINA BUKAN HANYA MEMEMERLUKAN 4 SAKSI



BUKTI ZINA BUKAN HANYA BERPANDU 4 SAKSI -

Ustaz Kazim Elias

(AHLI PAS PERAK)

1. PENGAKUAN /IKRAR
2. 4 ORANG SAKSI
3. BERPANDU QARIMAH ( MENYIASAT BUKTI LAIN2 YANG BOLEH BERKAIT )

PEJUANG PRO UMNO WAJIB TENGOK



Thursday, February 23, 2012

BETUL KE TGNA KATA TUHAN BERSILA LENDIK DIATAS ARASH ???

Maksudnya:

  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.


MAKSUD BERSEMAYAM

Bersemayamnya Allah di atas 'Arsy-Nya adalah dengan cara bersemayam yang khusus, bukan bersemayam secara umum seperti yang dilakukan oleh para makhluk. Maka dari itu tidak sah dikatakan istawa 'ala al-makhluqat (bersemayam di atas makhluk-makhluk) atau di atas langit atau di atas bumi karena ALLAH terlalu mulia untuk itu. Mengenai 'Arsy kami katakan bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala bertahta dan bersemayam di atas 'Arsy-Nya. Kata istawa lebih khusus daripada kata 'uluw yang mutlak, maka dari itu bersemayamnya Allah di atas singgasana-Nya termasuk sifat-sifat-Nya yang fi'liyah yang berkaitan dengan kehendak-Nya, lain halnya dengan kata 'uluw, itu termasuk sifat-sifat dzatiyah-Nya, yang tidak lepas darinya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah secara terus terang menjelaskan tentang hadits yang ada dalam bukunya Majmu' Al-Fatawa jilid V halaman 522, yang dikumpulkan oleh Ibnu Qasim, "Dengan demikian Dia bersemayam di atas 'Arsy setelah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari. Sebelum itu Dia tidak bersemayam di atas 'Arsy. Dikatakan bahwa kata istawa' adalah cara bersemayam yang khusus. Segala sesuatu yang bersemayam di atas sesuatu, dia berada di atasnya, tetapi tidak semua yang berada di atas sesuatu tidak disebut dengan bersemayam dan bertahta di atasnya, tetapi segala sesuatu yang bersemayam di atas sesuatu berarti dia berada di atasnya." Itulah maksud yang sesungguhnya.

Sedangkan perkataan kami "sesuai dengan kemuliaan dan keagungan-Nya" berarti bahwa bersemayamnya Allah di atas 'Arsy adalah seperti sifat-sifat-Nya yang lain, hanya sesuai dengan keagungan dan kebesaran-Nya, yang tidak sama dengan bersemayamnya manusia. Masalah ini berarti kembali kepada masalah bagaimana bersemayamya Allah di atas 'Arsy itu, karena sifat mengikuti yang disifati. Sementara Allah adalah dzat yang tidak bisa dibuat permisalannya dan sifat-sifat-Nya tidak sama dengan sifat-sifat lainnya, seperti yang difirmankan Allah, "Tidak ada sesuatu pun yang sepadan dengan-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Asy-Syuura:11).


Tidak ada yang menyamai Allah dalam dzat dan sifat-Nya, maka dari itu, Imam Malik rahimahullah ketika ditanya tentang bersemayamnya Allah, beliau menjawab, "Bersemayam adalah sesuatu yang dimengerti, tetapi bagaimana bersemayamnya adalah sesuatu yang tidak masuk akal namun harus diimani dan mempertanyakannya adalah bid'ah." Ini adalah ukuran untuk semua sifat-sifat Allah yang telah ditetapkan-Nya untuk Diri-Nya sendiri dalam bentuk yang sesuai dengan-Nya tanpa mengubah, tanpa mengada-ngada, tanpa mempertanyakan, dan tanpa membuat permisalan.

Dari sini jelaslah faedah dari pendapat ini bahwa bersemayamnya Allah di atas 'Arsy adalah bersemayam dengan cara yang khusus untuk-Nya, karena ketinggian secara umum adalah milik Allah, baik sebelum menciptakan langit dan bumi, ketika menciptakan, maupun sesudah menciptakan keduanya; karena hal itu termasuk sifat wajib-Nya, seperti Maha Mendengar, Maha Melihat, Mahakuasa, Mahaperkasa, dan sebagainya.

rujukan https://www.facebook.com/notes/allah-ada-di-atas-langit-bersemayam-di-atas-arsy-nya/maksud-bersemayam/166943390001590



DIMANA ALLAH ??

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT...AKIDAH ISLAM...volume 2.
by Al-Asyairah Al-Syafii (videos)19:00


Al-Imam al-Faqih Abu Ja`far al-Tahawi radiyallahu`anhu (W. 321 H) dalam risalahnya al-`Aqidah al-Tahawiyyah :

"وَتَعَالَى – أَيْ الله – عَنِ الْحُدُوْدِ وَالْغَايَاتِ وَالأَرْكَانِ وَالأَعْضَاءِ وَالأَدَوَاتِ لا تَحْوِيْهِ الْجِهَاتُ السِّتُّ كَسَائِرِ الْمُبْتَدَعَاتِ".


Maksudnya:
"Allah Maha Suci dari batasan (bentuk kecil mahupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sudut (sisi-sisi), anggota besar (seperti wajah, tangan dan lain-lain) dan anggota kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan lain-lainnya) sedangkan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam (atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang) seperti sekalian makhluk (yang diliputi oleh enam arah)".


Abu Ja`far, al-`Aqidah al-Tahawiyyah - disertakan dalam Sharh al-`Aqidah al-Tahawiyyah oleh al-`Allamah al-Faqih `Abdul-Ghani al-Ghanimi - , Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 28. Dan Abdullah al-Harari(1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah, Beirut: Dar al-Masyari`, h. 163 dan 343.

Berkata Al Imam Ahmad ibn Hanbal dan Al Imam Dzu al-Nun al Mishri dan Al Hafiz al Khatib al-Baghdadi (salah seorang murid al-Imam Malik yang masyhur) :

"مَهْمَا تَصَوَّرْتَ بِبَالِك, فَاللهُ بِخِلافِ ذَلِك".


Maksudnya:
"Apapun yang terlintas dalam benak kamu (tentang Allah), maka Allah tidak seperti itu(sesuatu yang terlintas dibenak kamu)".

Diriwayatkan oleh Abu al-Fadhl al-Tamimi dalam kitabnya “I`tiqad” kata-kata al-Imam Ahmad Ibn Hanbal, kata-kata al-Imam Dzu an-Nun al Mishri diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi di dalm kitabnya “Tarikh Baghdadi”.


Al-Imam al-Sajjad Zainal `Abidin `Ali ibn al Husain ibn `Ali ibn Abi Thalib (38 H- 94 H) berkata :

"أَنْتَ اللهُ الَّذِيْ لا يَحْوِيْكَ مَكَانٌ" وَقَالَ: أَنْتَ اللهُ الَّذِيْ لا تُحَدُّ فَتَكُوْنَ مَحْدُوْدًا وَقَالَ: سُبْحَانَكَ لاتُحَسُّ وَلا تُجَسُّ وَلاتُمَسُّ ".


Maksudnya:
"Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat", dan dia berkata lagi:"Engkaulah Allah yang Maha Suci dari had (benda bentuk dan ukuran)", beliau berkata lagi :"Maha Suci Engkau yang tidak boleh diraba mahupun disentuh",(Allah tidak menyentuh sesuatupun daripada makhlukNya dan Ia tidak disentuh oleh sesuatupun dari makhlukNya kerana Allah buka jisim. Allah Maha Suci dari sifat berkumpul, menempel, berpisah dan berlaku jarak antara Allah dan makhlukNya kerana Allah bukan jisim dan ada tanpa arah)."

Muhammad Murtada al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-Sadatil-Muttaqin, Beirut: Dar al-Fikr, j. 4, h. 380.


Wahai pejuang2 Islam...anda harus menghafal dalil ini agar anda dapat berdepan dgn wahhabi bila-bila masa, nescaya anda akan dapat mematahkn hujjah-hujjah wahhabi al-Mujassimah al-Musyabbihah...SEBARKAN DEMI ISLAM...


SALAF DAN KHALAF

Al-Syeikh Mahmud Muhammad Khaththab al-Subki radiyallahu`anhu berkata di dalam kitabnya Ittihaf al-Kainat:

"وَقَدْ قَالَ جَمْعٌ مِنَ الْسَّلَفِ وَالْخَلَفِ : إِنَّ مَنِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ فِي جِهَةٍ فَهُوَ كَافِرٌ".


Maksudnya:
"Banyak dikalangan ulama` salaf dan khalaf telah menegaskan bahawa orang yang meyakini Allah berada di suatu arah maka ia kufur" .


AHLI TAFSIR

Al-Mufassir Fakhr al-Din al-Razi (W. 606 H) berkata dalam kitab tafsirnya yang berjudul al-Tafsir al-Kabir:

"إِنَّ اعْتِقَادَ أَنَّ الله َجَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ أَوْ كَائِنٌ فِي السَّمَاءِ فِيْهِ تَشْبِيْهُ اللهُ بِخَلْقِهِ وَهُوَ كُفْرٌ".

Maksudnya:
"Sesungguhnya keyakinan bahawa Allah duduk di atas `Arasy atau berada di langit adalah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya dan keyakinan ini (tasybih) adalah kekufuran" .

Al-Mufassir Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki (W. 671 H) dalam kitabnya al-Jami` li Ahkam al-Qur'an:

"الصَّحِيْحُ تَكْفِيْرُ الْمُجَسِّمِ لأَنَّهُ لافَرْقَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ عَابِدِ الصَّنَم".

Maksudnya:
"Yang shahihnya mengkafirkan mujassimah kerana bahawasanya tidak ada beza di antaranya (al-mujassim) dan di antara penyembah berhala".


ULAMA` NUSANTARA


Al-Shaykh Daud bin Abdullah Al-Fathani (wafat 1265H/ 1297H) berkata di dalam kitabnya Al-Jawahir al-Saniyyah :
“Dan barangsiapa mehinggakan zat Allah pada tempat maka tidak syak ia kufurnya seperti katanya Allah ta`ala itu terhingga di atas langit atau pada bumi”

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7717.80


SEKADAR MENCARI KEPASTIAN BIJAKSANA/ ILMUAN DIALU-ALUKAN MEMBERI PADANGAN ATAU NASIHAT ....

SEMAKAN STATUS BR1M





DAH DAPAT BELUM DUIT BR1M .. KALAU BELUM BOLEH SEMAK ATAU SMS KAT NOMBOR BAWAH NI:

Talian Hotline : 1-800-222-500 / 1-300-88-3010
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)

E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my

YANG BELUM TERSENARAI TU JANGAN LA RISAU PASAL KERAJAAN SEDIA LANJUTKAN RAYUAN SEHINGGA 15 MAC 2012 .. KALAU TAK SELESAI LAGI KERAJAAN AKAN SAMBUNG LAGI... HINGGA PASTIKAN MEREKA YANG LAYAK SEMUA DAPAT...

Psst* Semakan melalui on line dan sms belum ada lagi... tak yah cari buang karen jerk...

NKO ORANG BELUM DAPAT YER!!!...... BETUL NKO ORANG BELUM DAPAT?? SAMA LAH NGAN AKU... HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!

Wednesday, February 22, 2012

PENGHINAAN TERHADAP ISLAM


MENTOR AMBO...

Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, mengulas tentang penghinaan terhadap islam.... amat menarik...melayu wajib baca ...
'Jika semua yang dilakukan UMNO dan BN buruk, sudah tentu semua ultra kiasu dan parti pembangkang yang lain berada di bawah paras kemiskinan.'

http://ridhuantee.blogspot.com/2012/02/tentang-penghinaan-terhadap-islam.html

KUIZ....PERJUANGAN PAS ... YANG MANA SATU



Yang mana satu dari yg berikut anda rasa perjuangan PAS....1) atau 2) ?

1) Wajib menubuhkan negara Islam
2) Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran

1) Cukai arak dan judi adakah haram
2) Kalau tak ambil cukai arak dan judi, mana nak cari duit utk pembangunan?

1) Haram memilih pemimpin dari bukan Islam
2) Boleh memilih pemimpin yang bukan Islam

1) Haram berkerjasama dengan orang-orang kafir (MCA & MIC)
2) Boleh 'tahaluf' dengan orang2 kafir (DAP), malah dengan syaitan pun boleh berkawan

1) Tidak boleh melantik wanita boleh jadi pemimpin
2) Wanita boleh jadi calon pemimpin, tak ada masalah

1) Wajib mendedahkan peribadi sesorang yang akan jadi pemimpin
2) Tidak boleh mengaibkan orang

1) Pemimpin yang terbukti ada masalah moral tidak layak jadi pemimpin walaupun beliau bukan islam
2) Video hanya besi ( Anwar Ibrahim) / Dalam rumah boleh terlanjang (Elizebeth Wong)

1) Haram menyokong Israel
2) Takpe sokong Israel dengan 'contigent'

1) "Undi Anwar umpama menempah pintu neraka'
2) Undilah Anwar "anugerah Tuhan"

1) Hukum hudud wajib dilaksanakan
2) Maaf, hudud tak ada dalam agenda kami

1) Tak boleh buat konsert kerana ia membawa keruntuhan moral
2) Takpe buat konsert utk menarik golongan muda

- bro ayim cybertrooper



Tuesday, February 21, 2012

MALUU..MALUU.. KAPAL LIBERIA DIKATA KAPAL ISRAEL... BENGONG!!


"Kapal Israel: Taktik Pas Pertahan Anwar"kata Mahathir


ZIM USA

BETUL KE PEMUDA PAS BUAT DEMO PASAL KAPAL ISRAEL SINGGAH MALAYSIA....?????... KALAU BETUL... MALUUUUUUUUUUUUU.. MALU.. ALANGKAH BODOHNYA CAI-CAI PAS NI......KAPAL YANG CAI-CAI PAS KATA KAPAL KARGO ISRAEL SEBENARNYA KAPAL DARI LIBERIA .... KAPAL INI TELAH DIDAFTAR DI LIBERIA DAN DIBURITAN KAPAL INI TERTERA BENDERA LIBERIA... TAK BOLEH KAH KAPAL LIBERIA BERLABUH DI PELABUHAN KELANG???...... WALAU PUN TUAN PUNYA KAPAL ZIM USA (DIDAKWA PEMILIKNYA ISRAEL) KAPAL TERSEBUT LAYAK SINGGAH DIMALAYSIA KERANA DIA DIDAFTAR DI LIBERIA BUKAN ISRAEL....NKO ORANG SPIN KAPAL KARGO ISRAEL SINGGAH DIMALAYSIA.... KAH KAH KAH KAH KAH KAH... TENTANG HUBUNGAN DAGANG NGAN ISRAEL NAK BUAT CAM MANA BRO... LU ORANG MAU BANTU PALESTINE PUN KENA MASUK MELALUI ISRAEL... NAK BELI KURMA / ZAITUN DARI PALESTINE PUN KENA COP ISRAEL....LAGI PUN FACEBOOK/ GOGGLE/ BLACK BARRY/ IPHONE... DARI MANA BRO...........SENDIRI MAU INGAT LA.....

RUJUKAN : http://www.selangordaily.com/?p=3783


ZIM USA

Maklumat kapal yang dipetik dari http://www.marinetraffic.com


Monday, February 20, 2012

Elizabeth Wong maut, terbakar

Elizabeth Wong maut, pangsapuri studio terbakar

13/03/2011 5:21pm

PETALING JAYA 14 Mac – Seorang guru wanita maut akibat melecur teruk setelah pangsapuri studio yang disewanya di Damansara Perdana di sini, terbakar hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Elizabeth Wong, 25, dipercayai gagal melarikan diri sebelum mengalami sesak nafas dan ditemui mati dengan keadaan tubuh melecur 100 peratus di atas katil di rumahnya.

Penguasa Bomba dan Penyelamat (Bahagian Operasi) Selangor, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zain berkata, kebakaran di satu unit rumah terletak di tingkat 7, Pangsupuri Ritz, Damansara Perdana itu dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 10.27 pagi.

Beliau berkata, dua jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara serta Sungai Buloh dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

“Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 10.41 pagi, api sudahpun berjaya dikawal daripada merebak oleh penghuni pangsapuri terbabit menggunakan paip pemadam api di situ.

“Namun, asap tebal masih lagi memenuhi ruang rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, setelah asap berjaya dikawal, pihaknya yang menjalankan pemeriksaan menemui mayat mangsa di atas katil.

Wan Mohd. Hamizi berkata, mayat mangsa tidak rentung tetapi melecur 100 peratus pada seluruh badannya.

- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm



TETIBA LAK AKU BERMINAT NGAN ORANG YANG BERNAMA ELIZABETH WONG NI...NGAPER ERK???KE PASAL AKU TERPANDANG VERSI BARU YANG FAMOUS KAT INDON... PERGHHH.. CIS MAKSIAT SIOTTTTTT... HEBAT ADUN PKR SELANGOR HAMPIR SETARAF DENGAN BOS DIA .. BOS DIA FAMOUS KAT JEPUN... ANAK BUAH FAMOUS KAT INDON......KAH KA KAH KAH KAH... APA PUNYA PARTI LA NI...


BUKAN SENANG NAK MERDEKA...

TAK DOK PULOK GAMBAR INDERA NGAN CHIN PENG TENGAH MENUNTUT KEMERDEKAAN

Sejarah Kemerdekaan

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.

Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.

Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.

Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.

Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.

Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.


Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya.


Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol, begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College.


Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.

SUMBER : http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah


ADIWIRA KAKI KENCING TERHEBAT...

SAMPAI BILA NAK KENCING RAKYAT NAK BAGI RAKYAT BERGADUH SAMA SENDIRI???

Saturday, February 18, 2012

PERUBAHAN YANG KETARA 21 TAHUN PAS

PERUBAHAN PALING KETARA ....
SEPANJANG 21 TAHUN PUAK DEMO MEMERINTAH
HOK NI JAH HOK DOK NAMPAK....

HADITH PALSU

MENUNTUT ILMU HINGGA KE CHINA ( AYAT YANG DAH SEBATI DENGAN JIWA KITA...)

Kian terbukti bahawa setiap apa yang kita inginkan ke arah kebaikan banyak petunjuk dan pertolongan datang dari Allah swt tanpa diduga. Allah swt akan membuka jalan kepada sesiapa yang berkehendakkan kebaikan dan membuka pintu kebaikan dengan seluas-luasnya.

Baru kini saya telah ketahui bahawa kebanyakan Islam di Nusantara dan utamanya Islam di negara kita sendiri telah banyak mengambil hikmat daripada hadis-hadis yang tidak sahih dan menerapkan dalam diri masing-masing termasuk saya sendiri. Al-maklumlah main celuk cedok je tanpa disiasat terlebih dahulu tambahan pula jika datang dari orang-orang tua.

Sebenarnya saya ada membaca buku tentang 40 Hadis Palsu Popular keluaran PTS Islamika Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara Abdul Razak Mutalib: Tentang ini pihak admin tidak perlu bimbang sebab saya telah pun meminta izin dengan penerbit buku ini dan telah dibenarkan untuk saya berkongsi di Halaqah. Net.

Antara salah satu hadis yang popular yang diserap dalam diri kita ialah :

MENUNTUT ILMU SEHINGGA KE CHINA

Hadis ini di pelopori oleh Abu Atikah Tharif bin Sulaiman beliau telah dikategorikan sebagai salah seorang yang memalsukan hadis dan beliau juga merupakan seorang yang lemah. Ini kerana pada hadis tersebut terdapat kecacatan pada sanadnya. Disebabkan ada kelemahan pada sanadnya dan kelemahan beliau hadis ini dikategorikan palsu dan kepalsuan ini telah disokong oleh beberapa tokoh sarjana hadis:


" Tuntutlah ilmu walau ke negara china"


Antara penyokong-penyokong yang menyanggah hadis tersebut berserta dengan nama kitab-kitabnya ialah:

-Al-'Ajluni: Kitabnya Kashf al-Khafa'
-Ali Al-Qari: Kitabnya Al-Maudhua át al-Kabir
-Ibn Arraq Al-Kannani: Kitabnya Tanzih A-Syariáh
-Al-Abani: Kitabnya Silsilah Ahadith Al-Dhaífah wa al-Maudhuáh
-Al-jarrahi: Kashf al-Khafa'


Jika mahu maklumat lebih jelas tentang hadis ini kalian boleh refer kepada Kitab yang telah disebut .

Tujuan hadis ini diada-adakan adalah untuk memberi galakkan kepada manusia supaya menuntut ilmu dengan sanggup merantau di mana-mana sekali pun.
" Tuntutlah ilmu walau ke negara china"
Perupamaan ini dikeluarkan kerana jika berada di tanah Arab negeri paling jauh adalah China walhal bukan bermaksud mencari ilmu di negeri China itu sendiri tetapi di mana-mana sahaja jika ada kesanggupan untuk menuntut ilmu dan merantau kerananya memandangkan ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan manusia yang memberi kebaikan di dunia hingga akhirat jika mengamalkannya.

Memang dalam Islam Rasulullah SAW menegaskan umatnya supaya menuntut ilmu sebab orang yang menuntut ilmu itu mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah swt

"Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim"-(hadis Sahih: Ibn Majah)

"Sesiapa yang melalui satu jalan bagi mencari ilmu , Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga"-(hadis sahih:Muslim)


Ini antara sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi dengan saudara, saya dan pihak penerbit mengharapkan jika ada pertambahan dari faktanya sila usulkan untuk pengetahuan kita semua.

Dan jika ada percanggahan atau penafian terhadap isu ini juga digalakkan untuk membuat usulan sebagai bahan perkongsian bersama-sama
Jika ada soalan sila kemukakan pada yang layak untuk bersoal jawab tentang hal ini

Ini hanyalah UNTUK perkongsian jika mahu terima atau tidak itu terserah pada kalian…

Allahu Álam…
SUMBER :Halaqah. Net.